Hipnosis Untuk Tundukkan Orang?

Hari ini saya telah mula bekerja setelah bercuti panjang. Dua bulan bekerja dari rumah dan memulakan bisnes internet sendiri dan anak-anak sentiasa di depan mata. Ini memang kehidupan yang saya inginkan. Sebab itu terasa berat nak meninggalkan anak untuk ke tempat kerja. Berkali-kali saya cium pipi anak dan berkali-kali juga saya beritahu anak, saya akan mula bekerja. Walaupun anak tidak menangis semasa saya meninggalkannya, saya pula yang rasa mahu menangis.Terasa sayang nak meninggalkan cara hidup yang saya impikan. Ini akan jadi pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan menjadi WAHM. Cukuplah tentang saya.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang hipnosis yang selalu dikaitkan dengan pukau. Sebenarnya ada dua jenis hipnosis yang terdapat dalam pasaran sekarang. Jenis hipnosis pertama adalah untuk mempengaruhi diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik. Contohnya hipnosis jenis ini yang biasa kita dengar digunakan untuk berhenti merokok atau untuk menjadi kurus.Kalaupun ia boleh digunakan ke atas orang lain, ahli terapi hipnosis boleh membuat terapi hanya jika dibenarkan.

Hipnosis jenis yang kedua adalah  untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Hipnosis ini biasanya dikaitkan dengan pukau.Ia lebih popular di kalangan rakyat Malaysia walaupun banyak memberikan imej negatif kepada bidang kuasa minda. Saya juga tidak berminat untuk mempelajari ilmu ini kerana walaupun ia selalu dikaitkan dengan hipnosis, jika dikaji ia sama sekali bukan satu ilmu hipnosis.

Memang tidak dinafikan memang ada satu teknik yang dipanggil ‘Persuasian Technique’ atau Teknik Memujuk di dalam bidang hipnosis. Teknik ini biasanya digunakan dalam proses jual-beli. Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana seorang jurujual berjaya berhubung dengan pembeli. Keadah ini akan membuatkan kedua-dua pihak merasa selesa semasa berkomunikasi. Dalam keadaan selesa dan mesra, pembeli tidak akan merasa ragu-ragu untuk membeli. Teknik ini bukan bertujuan untuk memukau pembeli membeli sesuatu yang tidak disukainya.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.