Kelahiran Nur Abdul Aziz

Alhamdulilah, walaupun lambat daripada tarikh jangkaan, akhirnya Nur Abdul Aziz selamat dilahirkan pada 19.9.2008, pukul 4.13 pagi, hari Jumaat di bulan Ramadhan. Semoga anak kami ini akan menjadi sehebat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, menteri besar Kelantan. Satu-satunya pemimpin di Malaysia yang disegani dan dihormati kawan dan juga lawan.

Walaupun anak pertama Nabil Asif dilahirkan secara caesarean, saya memang teringin untuk melahirkan secara normal. Saya bersyukur kerana pernah membaca bagaimana melakukan hipnosis untuk menenangkan semasa di bilik bersalin. Semasa menunggu proses kelahiran, denyutan nadi bayi agak laju dan begitu mencemaskan bidan. Saya menenangkan diri sendiri dengan bermeditasi sambil mengucap berulang-ulang kali. Semua doa-doa yang saya ingat, dibaca dengan kuat untuk mengurangkan tumpuan pada kesakitan.

Inilah pengalaman pertama saya merasai sakit bersalin. Saya tidak boleh panik walaupun ada masalah kerana mengelakkan tekanan darah naik. Bidan memberi tempoh dua puluh minit untuk melihat keadaan bayi sebelum menghubungi doktor sekali lagi. Alhamdulilah, denyutan jantung bayi kembali normal. Syukur kerana staff di bilik bersalin Hospital Sg Petani begitu supportive dan walaupun doktor sampai lambat, saya selamat melahirkan melalui proses bersalin biasa.

Hipnosis membantu mengurangkan tekanan dan kesakitan semasa proses kelahiran.

Saya hanya dapat melihat anak agak lewat iaitu waktu melawat jam 1.30 petang kerana anak terpaksa dimasukkan ke unit kawalan rapi. Alhamdulilah, kami berdua berada dalam keadaan stabil dan dikeluarkan dari wad jam 4.00 petang.

Terima kasih kepada semua kakitangan hospital Sg Petani.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.