Teknik Association Untuk Tidurkan Anak

Pernahkah anda menghadapi kesukaran semasa menidurkan anak pada waktu malam?  Walaupun anda sudah menetapkan waktu tidur anak anda pada pukul 10.30 malam misalnya, tetapi dia masih lari berlari ke sana sini? Anda terlalu letih dan ingin tidur awal kerana petang tadi seharian anda sibuk di tempat kerja. Anda cuba memaksa anak tidur, tetapi dia menangis dan anak mula naik marah. Keadaan ini tidak baik untuk kedua-dua, ibu dan anak. Membiarkan anak tertidur sambil menangis kerana dimarahi ibu menyebabkan dia menyangka ibunya tidak suka kepadanya. Anak-anak ini bakal membesar dengan menyimpan memori di dalam minda separa sedar tentang peristiwa ini.

Jadi apa kata kalau anda cuba gunakan teknik NLP ini. Kaedah ‘association’ ini menggunakan keadaan persekitaran yang akan sama setiap kali anak ingin tidur. Mana-mana kaedah yang ingin diterapkan kepada anak ataupun diri sendiri seeloknya dijalankan secara berterusan selama 21 hingga 30 hari. Selepas tempoh ini, habit atau tabiat sudah terbentuk. Selepas itu, badan dan sistem saraf akan menerimanya seperti satu kemestian.

Jadikan suasana tempat tidur selesa. Biarkan anak anda tidur di tempat tidur yang berbeza sewaktu malam hari dan siang hari. Bila waktu tidurnya sudah ditetapkan pada pukul 10.30 malam, biarkan anak anda berada di tempat tidur walaupun dia masih lagi aktif. Pada waktu ini digalakan ibu baring bersama-sama dengan anak. Gunakan teknik ’state matching’ iaitu menyamakan keadaan fisiologi dan psikologi ibu dan anak. Ibu harus baring dan bernafas dengan tenang seolah-olah ingin tidur. Dapatkan ‘rapport’ dari anak dan biarkan dia yang meniru keadaan fisiologi dan psikologi anda.

Lama-kelamaan, anak juga akan mula bertenang dan mula merasa mengantuk. Anda juga boleh menggunakan sebarang objek seperti bantal peluk sebagai simbol waktu untuk tidur. Ramai juga yang menggunakan teknik ‘bantal busuk’ ini dan ia ternyata berkesan terutama ketika anak tersedar di tengah malam.

Ada juga di kalangan ibu yang menggunakan susu bagi menggalakkan anak tidur. Tetapi keadah ini tidak begitu digalakkan terutama apabila anak tersedar di tengah malam. Anda terpaksa memberinya susu walaupun dia tidak lapar.Memberi susu ketika anak separa sedar dan ibu juga kemungkinan tertidur sewaktu anak belum habis minum. Bahayanya anak boleh tersedak dan ini amat bahaya kepada anak.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.