Siapa Lebih Hebat? Saya atau Dia?

Semua orang mahu jadi dan tunjuk hebat. Apatah lagi kepada orang yang tidak pernah dikenali.  Contoh yang paling mudah dan sering terjadi kepada kita. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya ketika melawat ibu yang sakit di wad di luar waktu melawat.

Saya, suami dan seorang saudara yang baru sampai dari Shah Alam ke Hospital Kubang Kerian segera bergegas ke hospital. Malangnya waktu melawat baru sahaja tamat dan kami terlewat 10 mins. Malangnya sampai di pintu pagar wad, kami ditahan oleh pegawai keselamatan. Saudara saya terus memberikan alasan yang kami datang dari jauh, tetapi tidak dipedulikan oleh pengawal keselamatan itu. Makin banyak alasan yang diberi, makin pegawal keselamatan itu berkeras.

Tiba-tiba saya dapat ilham -

Bukankah memberi kemaafan adalah lebih senang dan mudah dari memberi kebenaran.

Saya cuba gunakan konsep ini. Dengan suara yang lebih perlahan dari suara kedua-duanya, saya memohon maaf kepada pegawal keselamatan itu kerana kami tidak sempat sampai semasa waktu melawat.Saya juga meminta keizinan untuk melawat ibu hanya untuk beberapa minit dan berjanji tidak akan lama.

Seperti tidak percaya, pegawai keselamatan itu juga merendahkan suaranya dan memberi keizinan. Kami diberi masa 10 minit sahaja.

Ok, itu ceritanya tetapi konsepnya begini…

Dalam setiap organisasi, pekerja akan merasa diri mereka mempunyai kuasa bila mereka boleh berkata ‘tidak’ kepada seseorang.  Seperti contoh dalam peristiwa di atas, pegawai keselamatan itu merasa diri mereka berkuasa apabila dia boleh berkata ‘tidak’ kepada pelawat. Mereka beranggapan itu adalah sesuatu yang hebat dan dalam situasi itu dia lebih berkuasa.

Sebab itu dalam keadaan begini, anda cuma perlu beri kuasa itu kepada mereka. Biarkan mereka terus rasa bahawa mereka masih menguasai situasi. Cara mudahnya, anda cuma perlu berkata,

“Minta maaf, saya ada masalah. Bolehkah encik tolong saya?”

Ia bukan sahaja anda mengiakan kuasa yang ada padanya, tetapi juga dia akan merasa lebih penting. Anda cuba, dan kongsi dengan kami di ruangan komen.

Adakah Anda Senang Di Hipnosis?

Adakah anda masih ragu-ragu tentang hipnosis dan bagaimana untuk menghipnosis diri sendiri?

Ini latihan mudah yang anda boleh lakukan pada bila-bila masa. Sebaik-baiknya lakukan dalam suasana tenang di mana anda boleh focus.

1) Berdiri dan pastikan anda dalam keadaan selesa dan minda tenang.

2)Pejamkan mata dan luruskan kedua-dua tangan ke depan. Tangan kanan dan kiri hendak berada pada kedudukan yg sama tinggi.

3) Narik nafas perlahan-lahan dan tenangkan minda dan badan anda.

4) Bayangkan tangan kanan anda sedang memegang sebiji belon.

5) Bayangkan tangan kiri anda seseorang sedang meletakkan batu di atas tapak tangan kiri.

6) Bayangkan batu ditangan kiri anda ditambah lagi satu.

7) Batu itu ditambah lagi satu.

8) Batu itu ditambah satu persatu sehingga 10 biji.

9) Sekarang buka mata anda dan perhatikan kedudukan tangan anda. Adakah anda juga merasa apa-apa pada sebelah tangan anda?

Anda ingin kongsikan di sini, apa yang tejadi selepas melakukan latihan ini?

Internet Marketers Facing Common Salesman Problem?

One of the common salesman problem is they try too hard to convince their buyer. Same like internet marketers, you must spend meticulous amounts of time and energy to ensure that you are writing useful, informative landing page . But if it is boring or your prospect not convinced, then high traffic just do not give you high conversion. This is a well known fact in Internet marketing. Everyone knows this rule, which means you have to work even harder just to create a title that will draw people’s attention and convincing sales page.

But you forget about the ‘Zen’ of great selling is to sell without selling. Selling something to someone should be the by product of communicating with them. So many sales people talk, attempting to demonstrate their ‘charisma’, but the really super sales people know that listening is the key; especially at first.

We, internet marketers like the sales person, have to listen, gather information fast, build rapport, set goals and discover what the client really needs, as well as what they say they want.

A good internet marketers will know how to fascinate and present new ideas, they’ll know how to feed back to readers problem, how to research people problems and how to recommend solution. We have to sell calm to the phobic, optimism to the depressed pessimist, restraint and self control to the addict.

The great superstars of sales give before they take anything. Remember my earlier post?

3 Reasons Why Generosity Creates Wealth - Part 1

3 Reasons Why Generosity Creates Wealth - Part 2

3 Reasons Why Generosity Creates Wealth - Part 3

And they give the most precious thing, the thing most people don’t get enough of in their lives: quality attention. If in real life and face to face with prospect, you need to be relax, positive, really connecting with the person in front of you and working together to find the best possible solution is the essence of great selling, same goes to internet marketer. You can show it using your sales page by choosing goods sentences and show them you are confidante, a friend (genuinely) and a story teller. Selling to someone is first and foremost about building a relationship with your prospect. To build the relationship, touch their heart with your story.

The latest be a super sales person download for hypnosis downloads uses hypnosis to motivate and maximise sales confidence and imbue deeply creative sales strategies. Get lots more weekly free download by registering yourself as Hypnosis Downloads Premium Member. Click button below!

See You On Top,

NoorAza

Cerita Si Rama-Rama

Seperti biasa pada waktu malam adalah waktu bersama-sama anak-anak. Seperti malam-malam sebelumnya, anak saya Nabil Asif akan memilih sendiri buku yang disukainya. Malam tadi dia memilih buku mengenai rama-rama yang menghimpunkan banyak gambar-gambar rama-rama yang pelbagai warna. Saya tunjukkan satu per satu gambar dari seekor ulat sehingga rama-rama terbang dan yang hinggap di sekuntum bunga. Belum pun selesai saya bercerita, dia bangun dan berlari masuk ke bilik.

“Mama, rama-rama. Sama.” Nabil keluar dan berlari ke arah saya sambil menunjukkan kalendar tahun lepas, 2008.

Saya mengiakan, mengambil dan menunjukkan gambar rama-rama di kalendar itu pula. Saya membelik dari kulit ke kulit dan berhenti untuk membaca cerita yang menimbulkan minat. Kalendar itu sudah setahun di atas meja saya dan baru hari ini saya terbaca apa yang ditulis di kulit hadapan. Saya ingin berkongsi dengan anda semua cerita yang menarik itu…

Satu hari, seorang pemuda sedang berjalan-jalan di padang yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang kembang indah. Dia seronok dan tenang apabila melihat bunga-bunga berwarna-warni dengan rama-rama yang berterbangan.  Kakinya tersepak kayu dan terduduk. Semasa bangun, dia terlihat kepompong rama-rama yang sedikit terbuka. Dia membatalkan hasrat untuk bangun sebaliknya terus duduk sambil memperhatikan kepompong yang bergerak-gerak itu.

Sedikit demi sedikit kepompong itu koyak dan rama-rama itu mula kelihatan. Pemuda itu duduk dengan sabar kerana inilah pertama kali dia melihat kejadiaan ALLAH yang sungguh hebat ini. Setelah setengah jam menunggu, dia menjadi semakin kasihan melihat betapa susah payahnya rama-rama itu. Rasa kasihannya semakin bertambah. Perasaan ingin membantu meringankan kesusahan rama-rama itu semakin menebal. Dia menyeluk saku dan mengeluarkan gunting. Berhati-hati sekali dia mengunting baki kepompong yang belum terkoyak.

Bukaan kepompong yang besar itu memberi ruang kepada rama-rama itu keluar dan jatuh. Berkali-kali rama-rama itu cuba bangun untuk terbang, tetapi hanya satu belah sayapnya sahaja yang berfungsi. Sebelah lagi lemah seakan-akan lumpuh. Pemuda itu berharap sayap rama-rama itu akan pulih dan ia akan terbang selepas beberapa ketika. Tetapi setelah agak lama menunggu, rama-rama itu terus lemah dan tidak mampu untuk terbang.

Apa yang pemuda itu tidak faham adalah setiap kejadian ALLAH itu ada hikmah dan tujuannya.Proses rama-rama itu memecahkan kepompongnya secara semulajadi ada tujuannya. Ia untuk memberi ruang kepada aliran cecair dari badan ke sayap rama-rama. Proses itu akan selesai dan rama-rama sedia untuk terbang setelah dia berjaya memecahkan kepompong itu dengan sendiri.

p/s semua kejayaan hanya akan datang dengan usaha.

Jika anda suka cerita ini, anda mungkin juga

NLP dan Kejayaan Bisnes Internet Anda

Ramai juga yang pelik dan hairan kenapa saya mengambil sijil NLP, Hipnosis dan TimeLine Therapy sedangkan saya ingin menceburkan diri dalam bisnes internet.

Apatah lagi sekarang saya dengan bangganya sudah memiliki dan menjana pendapatan dari bisnes online menjual aksesori silver untuk wanita di JewelrySilverWorld.com

Dan mungkin makin ramai yang hairan apabila mengetahui yang saya memiliki Ijazah dari Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Kejuruteraan Kimia.

Pelik bin ajaib bertambah-tambah apabila saya kerap menyertai kelas menulis di PTS.

Adakah anda rasa, semuanya tidak berkaitan dan kerja saya sia-sia? Kalau YA, fikirkan kembali kerana saya tidak akan dedahkan kepada anda. Tetapi saya ada misi sendiri…Mungkin peminat setia saya di masa akan datang akan berjaya merungkai misteri ini…

Cuma satu rahsia akan saya dedahkan di sini iaitu bagaimana NLP dapat membantu bisnes internet anda. Mungkin sebelum ini ada pernah terbaca di blog ini bagaimana saya gagal menjana sebarang pendapatan dari internet setelah dua tahun bertungkus lumus. Anda juga mungkin terbaca bagaimana saya mula keluar dari zon gagal setelah bersusah payah mengumpul wang selama setahun semata-mata untuk mengikuti kursus NLP. Jika belum anda boleh membacanya di sini…

Bagaimana Keluar Dari Zon Gagal?

Lupakan tentang saya kerana anda yang lebih penting… jadi bagaimana untuk gunakan NLP dan berjaya dengan bisnes internet anda?

Rukun Iman di mulakan dengan PERCAYA! Bila anda percaya kepada enam Rukun Iman maka itulah asas kepada keimanan anda.

Rukun Iman:

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Para Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-kitab
  4. Percaya kepada Para Rasul
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

NLP juga menekankan tentang konsep percaya. Jika anda percaya bisnes internet akan membuatkan anda menjadi jutawan maka tidak mustahil ia akan menjadi satu realiti. Tetapi jika anda percaya bisnes internet hanya satu taktik untuk menipu diri anda dan tidak mungkin anda akan berjaya, anda juga betul.

Sudah tentu percaya sahaja tidak cukup untuk menjadikan anda seorang jutawan internet seperti Irfan Khairi. Tetapi NLP menyediakan banyak teknik yang boleh anda gunakan untuk menjadikan anda setaraf dengan Saudara Irfan Khairi. Sekarang anda mungkin belum menjadi jutawan bukan kerana anda tidak sehebat dia. Tetapi dia bermula dahulu dan sekarang adalah masa anda untuk bermula dan bersama-sama mengikuti langkah dan cara yang sama. Ini dinamakan modeling dalam konsep NLP.

Percayalah...kalau dilihat dan diamati di dalam forum-forum, kebanyakan yang gagal dalam perniagaan internet (termasuk saya satu ketika dulu…) adalah kerana ada halangan di hadapan.

Bukan kerana anda tidak pandai komputer.

Bukan juga kerana internet di rumah anda perlahan.

Bukan juga kerana tiada sesiapa yang mahu mengajar,

Tetapi halangan-halangan ini dicipta oleh anda sendiri supaya tiada sesiapa yang akan menyalahkan anda apabila anda gagal.

Disinilah teknik-teknik NLP dan Hipnosis berguna untuk membantu anda agar yakin, bangun semula, fokus, teknik jualan, teknik memujuk pelanggan serta pelbagai teknik yang berguna.

Betul ke NLP boleh membantu? Jawapannya tidak kerana anda akan membantu diri anda sendiri kerana tanpa aplikasi -ilmu tanpa amal adalah sia-sia…

p/s : kalau anda masih memerlukan infomasi lebih jelas tentang bagaimana NLP dapat membantu anda, baca buku dari Adam Khoo - Master Your Life, Design Your Destiny

Kalau anda sukakan artikle ini, panduan ini tentu berguna untuk anda…


Quranic Law of Attraction

Quranic Law of Attraction

Quranic Law of Attraction

Sudah agak lama saya tidak keluar pada hari minggu. Maklumlah semenjak membayar deposit rumah yang baru dibeli, kami mula belajar berjimat. Tetapi semalam kerana kasihankan anak-anak yang sudah lama tidak melihat dunia luar, kami ke Subang Parade. Bukannya untuk membeli belah tetapi mengunjungi tempat permainan untuk anak-anak yang sedang membesar. Selepas bermain lego di Toy ‘n’ us kami singgah pula ke MPH.

Jadi hari ini saya akan berkongsi sebuah buku yang menarik perhatian sewaktu saya melangkah masuk ke MPH. Quranic Law of Attraction‘ adalah buku yang saya cari selama ini. Saya ambil buku itu dari tempat pameran buku dan saya segera teringat perbincangan saya dan suami.

Selepas menonton video ‘The Secret’ dan menemui hukum tarikan di merata blog yang membicarakan tentangnya, saya menceritakannya kepada suami. Satu persatu babak utama yang menarik minat dikongsi dengan suami tercinta sehingga sampai babak jin yang sedang bersedia untuk merialisasikan impian tuannya.

”The universe will manifest a person’s desires”

Komen suami tentang kenyataan ini, “Jangan taksub sangat dengan video tu, bukan universe tapi Allah yang akan dengar doa kita”

Walaupun saya faham apa yang ingin disampaikan, tetapi betul juga kata suami. Mungkin suatu hari nanti akan ada buku-buku yang boleh mengaitkannya dengan doa. Memang banyak juga pakar-pakar motivasi yang mengaitkannya dengan doa - supaya jelas tetapi semuanya secara tidak langsung.

Saya kembali melihat buku di tangan dan membelik-belik karya penulis hebat ini, Rusdin S.Rauf. Harganya yang cuma RM 13.90 rasanya terlalu murah untuk idea yang begini hebat. Ini kerana penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran yang cuba dibawakan di dalam buku ini jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Inilah jawapan kepada soalan saya dan mungkin juga saudara-saudara yang pernah membaca buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya Michael J. Losier).

Mungkin ini juga yang anda cari selama ini?

Quranic Law of Attraction

p/s Kejayaan memang dicari, tetapi alangkah indahnya jika kejayaan dunia diimbangi dengan akhirat. Semoga kita semua cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Matlamat Tahun Baru

Selamat tahun baru semua rakyat Malaysia. Lama juga saya meninggalkan blog ini tanpa menulis kerana masalah teknikal. Alhamdulilah, akhirnya masalah tersebut selesai dengan bantuan suami sendiri. Padahal sebelum ini saya mencari-cari orang lain untuk menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya orang yang dicari di depan mata.

Sempena tahun baru nie, saya ingin membuat satu method atau cara baru untuk bermula sekali lagi. Tujuan asal blog ini adalah untuk saya berkongsi ilmu dengan orang melayu islam tentang hebatnya minda yang Allah kurniakan kepada kita.

Untuk hari pertama di tahun baru ini, mari kita sama-sama memasang impian. Cuba rasai sendiri hebatnya kuasa hijrah seperti buku yang ditulis oleh saudara Fadzli Yusof . Mari mulakan latihan pertama kita untuk tahun ini…

Latihan 1 : Tulis Impian anda di atas kertas

1) Ambil sehelai kertas dan pen

2) Tulis apa yang anda mahu atau impikan untuk tahun 2009.

Gunakan kata-kata yang Positif, Jelas, Spesifik & dengan penuh perasaan dan keinginan yang tinggi

3) Tulis dengan jelas untuk apa dan kenapa  impian itu begitu penting untuk anda ..

4) Dimanakah anda sekarang dan apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai impian ini?

5)  Gunakan kretiviti anda dengan warna-warna ceria.

6) Tampal di tempat yang paling senang di lihat saat anda bangun atau sebelum tidur semasa minda separa sedar paling aktif.

Berhenti membaca dan mulakan sekarang ..

Hipnosis Untuk Tundukkan Orang?

Hari ini saya telah mula bekerja setelah bercuti panjang. Dua bulan bekerja dari rumah dan memulakan bisnes internet sendiri dan anak-anak sentiasa di depan mata. Ini memang kehidupan yang saya inginkan. Sebab itu terasa berat nak meninggalkan anak untuk ke tempat kerja. Berkali-kali saya cium pipi anak dan berkali-kali juga saya beritahu anak, saya akan mula bekerja. Walaupun anak tidak menangis semasa saya meninggalkannya, saya pula yang rasa mahu menangis.Terasa sayang nak meninggalkan cara hidup yang saya impikan. Ini akan jadi pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan menjadi WAHM. Cukuplah tentang saya.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang hipnosis yang selalu dikaitkan dengan pukau. Sebenarnya ada dua jenis hipnosis yang terdapat dalam pasaran sekarang. Jenis hipnosis pertama adalah untuk mempengaruhi diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik. Contohnya hipnosis jenis ini yang biasa kita dengar digunakan untuk berhenti merokok atau untuk menjadi kurus.Kalaupun ia boleh digunakan ke atas orang lain, ahli terapi hipnosis boleh membuat terapi hanya jika dibenarkan.

Hipnosis jenis yang kedua adalah  untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Hipnosis ini biasanya dikaitkan dengan pukau.Ia lebih popular di kalangan rakyat Malaysia walaupun banyak memberikan imej negatif kepada bidang kuasa minda. Saya juga tidak berminat untuk mempelajari ilmu ini kerana walaupun ia selalu dikaitkan dengan hipnosis, jika dikaji ia sama sekali bukan satu ilmu hipnosis.

Memang tidak dinafikan memang ada satu teknik yang dipanggil ‘Persuasian Technique’ atau Teknik Memujuk di dalam bidang hipnosis. Teknik ini biasanya digunakan dalam proses jual-beli. Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana seorang jurujual berjaya berhubung dengan pembeli. Keadah ini akan membuatkan kedua-dua pihak merasa selesa semasa berkomunikasi. Dalam keadaan selesa dan mesra, pembeli tidak akan merasa ragu-ragu untuk membeli. Teknik ini bukan bertujuan untuk memukau pembeli membeli sesuatu yang tidak disukainya.

Bagaimana Keluar Dari Zon Gagal?

Lama betul bercuti bersalin, sampai tak sempat nak pos apa-apa di blog ini. Memang betul saya bersalin, tetapi bukannya bercuti dan tidur sahaja. Sebenarnya ada projek lain yang telah lama di rancang. Projek baru ini memerlukan saya fokus dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulilah, saya telah berjaya melahirkan satu lagi website yang telah menghasilkan jualan walaupun saya belum lagi membuat pelancarannya. Website ini adalah online store yang menjual 925 Sterling Silver Jewelry iaitu www.JewelrySilverWorld.com. Ia adalah hasil usaha saya dengan sokongan dan tunjuk ajar yang cukup dedikasi oleh Sifu saya, SaifulSham. Saya amat berterima kasih kepada mereka terutama Sabri. Walaupun dia agar kelakar orangnya, tetapi cukup serius tentang bisnes. Saya betul-betul bangga kerana dia adalah pelajar UTP (tumpang glamour sebab saya pun alumni UTP jugak)

Sebelum ini saya banyak menulis di blog sahaja kerana selain blog ini, saya juga aktif menulis di blog mengenai cancer, http://www.killcancercell.com/cancerstory. Blog itu telah lama di wujudkan sejak saya mula mengenali dunia perniagaan di internet. Tetapi kerana sebelum ini saya mempunyai masalah untuk fokus dengan sesuatu projek, website ini dan beberapa website lain tidak menghasilkan banyak pendapatan. Jadi sempena bercuti bersalin, saya merangka satu projek besar dan betul-betul menumpukan seluruh perhatian sampai saya dapat capai target pertama. Semuanya bermula dengan satu soalan yang saya tukar bentuk soalannya.

Masa mula-mula gagal dengan beberapa projek sebelum ini, saya selalu bertanya pada diri sendiri soalan ini.

“Kenapa aku gagal sedangkan ramai yang telah berjaya?”

Rupa-rupanya soalan ini salah menyebabkan saya hanya fokus kepada kegagalan itu sendiri. Soalan ‘Kenapa’ juga tidak banyak membantu saya untuk keluar daripada zon kegagalan itu. Saya memang serius untuk berjaya dalam bidang ini, maka saya teringat teknik yang telah saya belajar dalam NLP iaitu dipanggil ‘Reframing’.

Tujuan ‘Reframing’ teknik ini digunakan adalah membantu kita menghadapi cabaran dan pengalaman dalam hidup dengan perspektif yang berbeza. Cara kita melihat sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup amat penting kerana ia akan membentuk satu kepercayaan dalam diri dan pemikiran. Ia juga membantu membuka lebih pilihan untuk bertindak.

Ia bagaikan sebuah bingkai gambar. Anda cuma dapat melihat gambar yang terdapat di dalam bingkai. Apa yang dapat dilihat itu yang akan membentuk pemikiran dan apa yang dipercayai. Ingat! Apa yang anda lihat di dalam bingkai itu tidak semestinya betul. Anda mungkin hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan gambar. Tetapi ia telah membentuk kepercayaan tentang apa yang anda lihat. Kerana itu saya telah menukar cara saya bertanya kepada diri sendiri.

“Apa yang saya boleh belajar daripada apa yang berlaku?”

Setelah soalan ini di tanya berkali-kali pada diri sendiri, akhirnya saya menemui jawapan. Saya telah berjaya menukarkan pengalaman saya, yang dipanggil kegagalan dengan nama baru iaitu feedback. Teknik ‘Reframing’ ini membantu saya bangkit semula dengan melihat masalah lama melalui perspektif yang berbeza dan menghadapi cabaran lama dengan cara yang berbeza. Semuanya hanya dengan menggunakan teknik yang mudah tetapi sangat hebat.

Kelahiran Nur Abdul Aziz

Alhamdulilah, walaupun lambat daripada tarikh jangkaan, akhirnya Nur Abdul Aziz selamat dilahirkan pada 19.9.2008, pukul 4.13 pagi, hari Jumaat di bulan Ramadhan. Semoga anak kami ini akan menjadi sehebat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, menteri besar Kelantan. Satu-satunya pemimpin di Malaysia yang disegani dan dihormati kawan dan juga lawan.

Walaupun anak pertama Nabil Asif dilahirkan secara caesarean, saya memang teringin untuk melahirkan secara normal. Saya bersyukur kerana pernah membaca bagaimana melakukan hipnosis untuk menenangkan semasa di bilik bersalin. Semasa menunggu proses kelahiran, denyutan nadi bayi agak laju dan begitu mencemaskan bidan. Saya menenangkan diri sendiri dengan bermeditasi sambil mengucap berulang-ulang kali. Semua doa-doa yang saya ingat, dibaca dengan kuat untuk mengurangkan tumpuan pada kesakitan.

Inilah pengalaman pertama saya merasai sakit bersalin. Saya tidak boleh panik walaupun ada masalah kerana mengelakkan tekanan darah naik. Bidan memberi tempoh dua puluh minit untuk melihat keadaan bayi sebelum menghubungi doktor sekali lagi. Alhamdulilah, denyutan jantung bayi kembali normal. Syukur kerana staff di bilik bersalin Hospital Sg Petani begitu supportive dan walaupun doktor sampai lambat, saya selamat melahirkan melalui proses bersalin biasa.

Hipnosis membantu mengurangkan tekanan dan kesakitan semasa proses kelahiran.

Regular and wonderfully deep relaxation whilst you are pregnant will free your body and mind to use available energy for restorative functions. When you relax your baby will relax. Relaxation can actually enhance the functioning of your body and mind.

This session Positive pregnancy will give you the opportunity to relax wonderfully deeply, a major boon in itself but will also provide you with unconscious suggestions to feel very positive about your pregnancy.

Download Positive Pregnancy using the button below and enjoy the rest of your pregnancy.

(1) Anxiety during pregnancy can double a mother’s risk of having a hyperactive child, according to research released to on 3rd Sept 2007 for National Pregnancy Week. Professor Vivette Glover of Imperial College, London, presented new findings from a study of more than 7,000 mums-to-be alongside an overview of how stress and anxiety during pregnancy can affect the unborn baby’s development and birth. Professor Glover and Dr Tom O’Connor studied women living in Avon and expecting their babies between April 1991 and December 1992 (the ALSPAC Study, also know as Children of the 90s).

Each woman completed questionnaires designed to measure their level of anxiety at 18 and 32 weeks of pregnancy. Women were identified as anxious if they scored in the top 15 per cent of respondents. Children were assessed for behavioural and emotional problems just before their fourth birthday.

Researchers looked particularly at women who were anxious during their pregnancy, but whose levels of anxiety fell after delivery. This was to see how the baby’s behaviour was affected by antenatal anxiety rather than their mother’s mood during their early years. Results showed that women who were anxious in the last trimester of pregnancy had children with more behavioural problems. Those who had boys were twice as likely to have a child who showed problems with hyperactivity and inattention problems at age four.

(2) The findings, published in the journal Clinical Endocrinology, come after separate research on animals showed that high levels of stress in a mother during pregnancy could affect brain function and behaviour in her offspring, and other evidence suggesting that maternal stress in humans can affect the developing child, including lowering its IQ.

(3) Rossi, E.L. (1993). The Psychobiology of Mind-Body Healing. New York: Norton and Co

Saya hanya dapat melihat anak agak lewat iaitu waktu melawat jam 1.30 petang kerana anak terpaksa dimasukkan ke unit kawalan rapi. Alhamdulilah, kami berdua berada dalam keadaan stabil dan dikeluarkan dari wad jam 4.00 petang.

Terima kasih kepada semua kakitangan hospital Sg Petani.

To learn how I managed to did the amazing thing like this, download Positive Pregnancy & Childbirth Hypnosis now!